Kami juga dikehendaki menyiapkan
tugasan tentang projek Sains secara individu menggunakan picasa yang merangkumi
10-15 slaid gambar. Picasa adalah satu perisian untuk membuat pengubahsuaian
terhadap gambar-gambar. Melaluinya, kita juga boleh menghasilkan kolaj dan
slideshow daripada koleksi gambar kita. Segala pengubahsuaian boleh dilakukan
dengan mudah dan cepat dan kita akan mendapat satu hasilan yang sangat menarik.
Selepas selesai membuat pengubahsuaian, semua gambar perlulah dimuat turun ke
dalam album web picasa, dan seterusnya ke dalam blog kita
Untuk tugasan yang diberikan Dr.
Sadiah, saya memilih projek tentang ‘Pemprosesan Bokashi’ atau dikenali juga
sebagai baja kompos. Saya mendapat idea tentang projek ini setelah berfikir
projek yang pernah saya lakukan. Saya pernah mengikuti kursus pemprosesan baja
organik seperti ini di Dungun, Terengganu selama tiga hari pada tahun 2010 semasa bekerja
di sebuah syarikat bioteknologi. Banyak yang telah saya pelajari kerana semuanya
merupakan perkara baru bagi saya tentang kursus tersebut. Pengalaman yang saya
lalui itu, telah saya jadikan suatu ilmu untuk dikongsi bersama melalui tugasan
menggunakan picasa ini.
Ini
merupakan kali pertama saya menggunakan picasa. Ianya sangat mudah dan senang
diguna dan dipraktikkan. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga boleh
menggunakan picasa sebagai salah satu lagi kaedah bagi menambah variasi
penyampaian yang boleh menarik minat pelajar. Penyediaan slaid seperti ini akan
menambahkan minat pelajar sewaktu di dalam kelas. Oleh
yang demikian, saya dapat simpulkan disini bahawa tugasan ini amat menarik dan
menyeronokkan. Banyak pengetahuan baru yang saya dan kawan-kawan lain perolehi.
Secara tidak langsung kami semua dapat menunjukkan kreativiti masing-masing
dalam penyediaan video atau slaid gambar untuk kegunaan dan ditunjukkan kepada
pelajar di sekolah.
No comments:
Post a Comment