Pada pendapat
saya, banyak pelajar sekolah yang berasa bosan dan tidak berminat terhadap
matapelajaran Sains atau Biologi. Mereka berpendapat, Sains adalah mata
pelajaran yang susah dan tidak ada kepentingan dalam mempelajarinya. Faktor
utama berlakunya keadaan seperti ini ialah para pelajar mempunyai masalah
dengan istilah Bahasa Inggeris dan masalah perbendaharaan kata. Ini
menyebabkan mereka tidak memahami sains dan berasa susah untuk mempelajarinya
kerana kesukaran mempelajari Bahasa Inggeris. Sebagai bakal pendidik, saya
perlu sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menangani masalah sebegini.
Saya perlu mengemaskini dan meningkatkan
pengetahuan saya sendiri sebagai persedian mengajar suatu hari nanti. Kadang-kadang,
disiplin pelajar di dalam kelas turut memainkan peranan dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh tu, saya perlulah sentiasa berdedikasi untuk mendidik
sikap pelajar dan meningkatkan gaya pengajaran saya supaya lebih menyeronokkan
untuk menarik minat para pelajar. Saya juga akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar
saya dalam pelajaran dengan sentiasa memikirkan cara untuk mencapai objektif
pelajaran. Saya akan cuba seberapa banyak yang mungkin menggunakan
teori-teori yang mudah dan padat semasa mengajar.
Apabila bergelar pendidik nanti, saya
akan lebih banyak menggunakan bahasa harian untuk menyampaikan proses Sains atau
Biologi sebelum saya memperkenalkan istilah Sains baru kerana bagi saya, memahami
adalah lebih penting daripada menghafal. Dengan memahami konsep pertama pelajar
boleh ingat untuk jangka masa yang panjang seterusnya dapat memahami
keseluruhan tentang sesuatu topik itu. Selain itu, saya akan sentiasa mencari
aktiviti-aktiviti yang boleh membantu pelajar-pelajar saya untuk berfikir
kreatif dan kritis. Di samping itu, saya juga merancang untuk menguasai
kemahiran ICT saya dengan lebih mendalam untuk memastikan keberkesanan
pengajaran saya.
No comments:
Post a Comment