Alhamdulillah.
Akhirnya saya mempunyai blog saya sendiri dan ini merupakan kali pertama saya menghasilkannya. Melalui kursus ini, “Technology and Innovation in Teaching and Learning Biology”, banyak perkara baru yang telah saya pelajari terutamanya penghasilan blog. Secara
keseluruhannya, penghasilan blog ini banyak memberikan saya pengalaman baru
yang mengujakan. Selama ini, saya hanyalah membaca blog orang lain sahaja. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr.Sadiah kerana banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar.
Selain daripada tunjuk ajar yang diberikan
Dr. Sadiah dan kawan-kawan, saya turut menggunakan peluang yang ada untuk
belajar blog melalui youtube dan satu blog yang memang dikhaskan kepada
sesiapa yang baru pertama kali membuat blog. Daripada tanpa sebarang
pengetahuan mengenai blog, saya belajar sedikit demi sedikit dan akhirnya
berjaya menyiapkan blog saya dengan lengkapnya. Pada mulanya saya mengambil
masa yang lama untuk menghasilkan blog ini. Namun, semakin lama saya semakin
mahir dan semakin berminat dalam memastikan blog saya sentiasa cantik
dan kreatif.
Blog juga merupakan salah
satu cara untuk membantu guru dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Dengan penghasilan blog ini secara tidak
langsung kita dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai terutamanya
pelajar-pelajar di sekolah berkaitan subjek Sains dan Biologi. Disebabkan pada
zaman sekarang ICT bukan lagi perkara baru dan wajib dipelajari oleh semua
golongan, penghasilan sesuatu blog turut dikatakan penting. Blog memudahkan pelajar-pelajar mengakses apa-apa maklumat yang berkaitan
dengan pembelajaran mereka. Selain meningkatkan tahap ilmu pengetahuan, ianya dapat
mendedahkan kita kepada dunia luar dan membolehkan kita menyaingi negara-negara
lain berkaitan perkembangan teknologi maklumat ini.
No comments:
Post a Comment