MY TEACHING PHILOSOPHY
Peranan guru atau pendidik adalah sangat banyak dan
penting. Mereka bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pelajar mengenai
pendekatan yang digunakan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai bakal pendidik, saya akan sentiasa cuba untuk memperbaiki dan
mempelbagaikan gaya pengajaran saya di dalam kelas atau kuliah untuk mencipta minat
dan kelainan. Saya mahu para pelajar saya sentiasa melihat pengalaman
mereka belajar di dalam kelas saya sebagai sesuatu yang berbeza untuk
merangsang dan menimbulkan minat mereka. Sewaktu mengajar, saya akan cuba
mempelbagaikan gaya seperti penggunaan
video, animasi dan macam-macam lagi untuk menarik minat mereka.
Guru atau pendidik merupakan pelajar
sepanjang hayat kerana mereka sentiasa mempelajari sesuatu seterusnya
menyampaikan sesuatu yang baru itu kepada para pelajar.
Mereka
sentiasa dijadikan idola oleh para pelajar. Oleh itu, sebagai warga pendidik,
saya haruslah menunjukkan contoh yang baik sentiasa kepada mereka. Guru perlulah sentiasa peka atau up-to-date dengan apa yang sedang berlaku dalam bidang pendidikan
dan teknologi. Selain itu, mereka juga turut perlu peka kepada perkara-perkara
lain yang melibatkan bidang-bidang lain.
Saya sebagai bakal pendidik suatu
hari nanti akan sentiasa membantu para pelajar saya untuk mencapai
kecemerlangan di mana para pelajar juga mempunyai tanggungjawab besar untuk
membantu diri masing-masing. Hasrat saya adalah untuk membantu mereka memenuhi
potensi optimum dengan menyediakan persekitaran yang selamat sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, saya akan cuba mempelbagaikan cara atau kaedah
pengajaran saya untuk memastikan semua pelajar berminat untuk sentiasa melibatkan
diri sewaktu belajar.
No comments:
Post a Comment